L.D. Brongersma
L.D. Brongersma

L.D. Brongersma

Leo Daniel Brongersma (17 Mei 1907, Bloemendaal, Belanda – 24 Julai 1994, Leiden) ialah seorang ahli zoologi, herpetologi, pengarang dan pensyarah berbangsa Belanda.Brongersma meraih ijazah PhD di Universiti Amsterdam pada tahun 1934. Beliau mungkin paling dikenali kerana bukunya European Atlantic Turtles,[1] yang diterbitkan pada tahun 1972, tetapi beliau juga berkhidmat sebagai pengarah Muzium Sejarah Alam Leiden dan berkuliah di Universiti Leiden sehingga beliau bersara pada umur 65 tahun.[2] Pada tahun 1950-an, beliau memimpin beberapa ekspedisi untuk mengumpul spesimen zoologi di New Guinea, serta menerima penghargaan kerana mengenal pasti beberapa spesies baru termasuk Ular Sawa Boelen, Morelia boeleni, dan Ular Sawa Savu, Liasis mackloti savuensis. Beliau juga adalah seorang ahli Akademi Sains Diraja Belanda dan Ahli Luar Negara Kehormat Persatuan Ahli Iktiologi dan Herpetologi Amerika. Beliau meninggal dunia di rumahnya di Leiden pada tahun 1994.[3]Beberapa spesies telah diberi nama saintifik sempena Brongresma, termasuk Ular Sawa Darah Merah, Python brongersmai, dan Ular Kapal Brongersma, Trimeresurus brongersmai.

Rujukan

WikiPedia: L.D. Brongersma http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p068931549 http://www.biografischportaal.nl/en/persoon/521221... http://www.nationaalherbarium.nl/FMCollectors/B/Br... http://www.repository.naturalis.nl/record/317577 http://www.repository.naturalis.nl/record/318180 http://www.repository.naturalis.nl/record/318616 http://isni.org/isni/0000000118852832 http://www.seaturtle.org/mtn/archives/mtn67/mtn67p... https://www.idref.fr/077710908 https://id.loc.gov/authorities/names/n79132397